Selepas menandatangani perjanjian pengedaran am (GDA) bersama smart pada 18 Ogos, syarikat kereta nasional, PROTON kini menubuhkan sebuah syarikat baru untuk menguruskan jualan dan pengedaran kenderaan smart serta kenderaan tenaga baru (NEV) jenama sendiri.
Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) merupakan anak syarikat milik penuh PROTON yang akan dikendalikan oleh pasukan pengurusan berasingan.